Masalah ketiadaan Bilik Seni Visual di sekolah
Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Sekiranya ketiadaan bilik seni di sekolah akan memberi kesan atau tiada tarikan kepada pelajar dalam subjek pendidikan seni. Seterusnya bilik seni memainkan peranan penting untuk menarik minat pelajar dalam seni visual. Dengan adanya bilik seni pelajar boleh melakukan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kerja seni seperti berbincang dengan guru, menghias bilik seni dan menghasilkan kerja khusus. Namun segelintir sekolah masih lagi tidak mempunyai bilik seni visual kerana segelintir sekolah hari ini tidak mementingkan subjek seni. Hal ini, akan menyukarkan pelajar untuk menjalankan aktiviti seni, melaksanakan kerja khusus bagi pelajar SPM dan STPM. Sekiranya tidak mempunyai bilik seni secara tidak langsung ianya akan mengangu pelajar untuk belajar subjek lain, kerana disitulah tempat mereka melaksanakan kerja seni dan di situ lah tempat mereka belajar subjek lain. Dengan ini pembaziran atau pengambilan masa subjek lain untuk belajar. Hal seperti ini saya pernah mengalami ketika saya berada di tingkatan 6. Sekolah saya tidak mempunyai bilik seni kadang menghasilkan kerja seni banyak cabaran dan boleh menyebabkan kekotoran pada bilik darjah,baju sekolah dan memyebabkan guru yang hendak mengajar selepas subjek seni menunggu selama 10 minit, kerana pelajar-pelajar terpaksa membersihkan peralatan dan sebagainya. Seterusnya hal ini boleh menyebabkan ketidak selesaan untuk belajar.
Penyelesaian masalah melalui pemikiran
Secara amnya, penyelesaian masalah ialah pelbagai langkah atau cara yang kita akan lakukan apabila kita menghadapi sesuatu masalah. Keinginan untuk menyelesaikan masalah ini timbul apabila kia berdepan dengan sesuatu masalah dan tidak pasti cara bagaimana untuk menyelesaikannya. Terdapat dua penyelesaian masalah dalam hal seperti ini iaitu masalah rutin dan masalah non rutin. Maslah rutin merupakan maslah harian yang bertujuan supaya pelajar menguasai kemahiran asas. Masalah non rutin pula adalah penyelesaian masalah yang telah dikuasai terdahulu. Proses penyelesaian masalah tidak dapat dihafal , ianya memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dengan perancangan strategi dan kaedah yang sesuai.
Definisi Pemikiran
" Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. "
Seterusnya dalam penyelesaian masalah bilik seni kita harus memahami, menganalisis, dan menilai masalah mengikut Teori Taksonomi Bloom tersebuat sebelum menyelesaikan.
Menganalisis adalah seseorang mampu menganalisis informasi atau maklumat yang dihadapi dan membahagi atau menstrukturkan informasi ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya, dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit. Sebagai contoh, di dalam masalah ini seseorang akan mampu melihat kesan daripada ketiadaan bilik seni sekolah, dan dapat menyimpulkan setiap penyebab masalah dan menyebabkan kesukaran yang akan timbul.
Memahami adalah kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, tabel, diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya. Sebagai contoh, guru seni atau pelajar cuba mengetengahkan masalah dan cuba membuat laporan atau gambaran untuk memberi kefahaman atau supaya pengetua sekolah memahami masalah yang dihadapi.
Menilai adalah kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap sesuatu perkara, metodologi, dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standart yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya. Sebagai contoh, melihat setakat mana kemampuan pihak sekolah untuk menyediakan bilik seni kepada pelajar seni.
Khamis, 1 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan