Masalah ketiadaan Bilik Seni Visual di sekolah
Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Sekiranya ketiadaan bilik seni di sekolah akan memberi kesan atau tiada tarikan kepada pelajar dalam subjek pendidikan seni. Seterusnya bilik seni memainkan peranan penting untuk menarik minat pelajar dalam seni visual. Dengan adanya bilik seni pelajar boleh melakukan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kerja seni seperti berbincang dengan guru, menghias bilik seni dan menghasilkan kerja khusus. Namun segelintir sekolah masih lagi tidak mempunyai bilik seni visual kerana segelintir sekolah hari ini tidak mementingkan subjek seni. Hal ini, akan menyukarkan pelajar untuk menjalankan aktiviti seni, melaksanakan kerja khusus bagi pelajar SPM dan STPM. Sekiranya tidak mempunyai bilik seni secara tidak langsung ianya akan mengangu pelajar untuk belajar subjek lain, kerana disitulah tempat mereka melaksanakan kerja seni dan di situ lah tempat mereka belajar subjek lain. Dengan ini pembaziran atau pengambilan masa subjek lain untuk belajar. Hal seperti ini saya pernah mengalami ketika saya berada di tingkatan 6. Sekolah saya tidak mempunyai bilik seni kadang menghasilkan kerja seni banyak cabaran dan boleh menyebabkan kekotoran pada bilik darjah,baju sekolah dan memyebabkan guru yang hendak mengajar selepas subjek seni menunggu selama 10 minit, kerana pelajar-pelajar terpaksa membersihkan peralatan dan sebagainya. Seterusnya hal ini boleh menyebabkan ketidak selesaan untuk belajar.
Penyelesaian masalah melalui pemikiran
Secara amnya, penyelesaian masalah ialah pelbagai langkah atau cara yang kita akan lakukan apabila kita menghadapi sesuatu masalah. Keinginan untuk menyelesaikan masalah ini timbul apabila kia berdepan dengan sesuatu masalah dan tidak pasti cara bagaimana untuk menyelesaikannya. Terdapat dua penyelesaian masalah dalam hal seperti ini iaitu masalah rutin dan masalah non rutin. Maslah rutin merupakan maslah harian yang bertujuan supaya pelajar menguasai kemahiran asas. Masalah non rutin pula adalah penyelesaian masalah yang telah dikuasai terdahulu. Proses penyelesaian masalah tidak dapat dihafal , ianya memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dengan perancangan strategi dan kaedah yang sesuai.
Definisi Pemikiran
" Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. "
Seterusnya dalam penyelesaian masalah bilik seni kita harus memahami, menganalisis, dan menilai masalah mengikut Teori Taksonomi Bloom tersebuat sebelum menyelesaikan.
Menganalisis adalah seseorang mampu menganalisis informasi atau maklumat yang dihadapi dan membahagi atau menstrukturkan informasi ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya, dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit. Sebagai contoh, di dalam masalah ini seseorang akan mampu melihat kesan daripada ketiadaan bilik seni sekolah, dan dapat menyimpulkan setiap penyebab masalah dan menyebabkan kesukaran yang akan timbul.
Memahami adalah kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, tabel, diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya. Sebagai contoh, guru seni atau pelajar cuba mengetengahkan masalah dan cuba membuat laporan atau gambaran untuk memberi kefahaman atau supaya pengetua sekolah memahami masalah yang dihadapi.
Menilai adalah kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap sesuatu perkara, metodologi, dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standart yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya. Sebagai contoh, melihat setakat mana kemampuan pihak sekolah untuk menyediakan bilik seni kepada pelajar seni.
Khamis, 1 April 2010
Selasa, 30 Mac 2010
Prosedur Cetakan Lino
Cetakan Lino
Cetakan ialah proses terapan blok atau plat ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Seni percetakan melibatkan kerja-kerja melukis, mengukir dan mencetak. Dengan menggunakan blok, pemidang dan plat logam, imej dapat dicetak dengan banyak dan disebut sebagai edisi. Semua karya yang dihasilkan dalam satu edisi adalah dianggap karya asli. Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat. Permukaan blok diukir atau diguris sehingga imej yang terbentuk pada imej atau blok tersebut dapat dipindahkan keatas kertas, kain atau bahan lain.
Kepentingan Kreativiti dalam pembelajaran PSV
1. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni, pengetahuan
menegenai tahap-tahap perkembangan kreativiti penting kerana dapat membantu
pendidik seni merancang pelajaran dan aktiviti secara tersusun dan berkesan.
2. Dalam melaksanakan pembelajaran khususnya sangat memerlukan kreativiti guru
bukan sahaja dalam penghasilan karya.
3. Kreativiti dapat menjelaskan eksperesi diri sendiri, dan ianya juga melibatkan
usaha,gigih dan masa.
4. Kreativiti juga dapat membantu pelajar dalam mengembangkan aspek kreativiti
mereka, kreativiti dapat dilihat melalui aktiviti dan projek dalam PSV
kerana mengutamakan proses berbanding dengan hasil akhir PSV.
5. Kreativiti juga penting kerana ianya merupakan satu cabang komunikasi
untuk tujuan komunikasi melalui mesej yang tersirat.

Definisi kreativiti
Kreativiti merupakan anugerah tuhan kepada setiap insan yang berada di atas muka bumi ini namun kita selalu mengabaikannya. Kreativiti adalah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan seperti hiasan, persolekan, jamuan perniagaan dan lain-lain. Kita boleh belajar berfikiran kreatif melalui pemerhatian dan boleh menerangkannya. Kita berfikir luar dari kotak pemikiran yang biasa. Adakah cara kita bertanya untuk boleh menjadikan seseorang itu berfikiran kreatif? Cara kita bertanya boleh menukarkan cara kita berfikir (mindset). Ia mengajar kita bagaimana sesuatu input (sama ada rangsangan deria atau maklumat) dapat diterangkan dan terbentuk dalam imageri dan minda seseorang untuk menerima maklumat.
Dari sudut pandangan seni visual pula, kreativiti dalam seni adalah satu perbuatan berfikir yang kreatif dan bernas tentang sesuatu idea untuk menghasilkan sesuatu dengan memikirkan aspek – aspek permasalahan yang akan muncul dan memikirkan penyelesaian masalah tersebut. Beberapa tokoh dalam disipilin sains pemikiran antara lain menjelaskan bahawa kreativiti amat rapat dengan aktiviti dan gaya hidup manusia. Antara definisi yang diberikan adalah :
“... diri dalam keadaan bergerak balas ketika ia dirangsang dengan cara dinamik.”
(Hopkins, 1937 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“... sebagai gaya hidup”
(Fomm, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“proses yang dilalui oleh seseorang dalam pengalaman seharian yang membwa perbaikan – pertumbuhan diri.”
(Andrews, 1961 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“... satu proses yang seseorang itu menjadi peka terhadap masalah, kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebgainya; mengenal pasti perkara-perkara sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu; menguji dan menguji semula hipotesis-hipotesis ini dan mungkin mengubah suai dan mengujinya semula; dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain.”
(Boon dan Ragbir, 1998)
“...melihat apa yang orang lain sudah nampak dan memikirkan apa yang belum difikirkan oleh orang lain.”
(Torrance, 1974)
“Creativity is the connecting and rearranging of knowledge-in the minds of people who will allowthemselves to think flexibly-to generate new, often surprisingly ideas that others judge to be useful.”
(Plesk, 1997 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“kreativiti adalah proses yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan ia mencipta sesuatu baginya.”
(Mead, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“....timbul dari karya baru , akibat daripada interaksi-interaksi individu dengan alam sekitarnya.”
(Rogers, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“....pengertian perubahan, perkembanagan dan lain-lain, yang ada kaitannya dengan kreativiti manusia. Sebab manusia mencipta bukan dari tiada tetapi dari sesuatu yang sudah wujud kemudian diubah kepada bentuk yang lebih baik.”
(Hassan, 1991 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001) 4

Langgan:
Catatan (Atom)